Tiga bot Iran masuk perairan Arab Saudi diusir

RIYADH: Arab Saudi semalam memaklumkan, tiga bot Iran diusir dari kawasan perairannya setelah tembakan amaran dilepaskan, menurut laporan media tempatan.

"Pada jam 6.30 petang (waktu tempatan) pada Khamis... pihak berkuasa pantai mengesan tiga bot Iran selepas mereka memasuki perairan Arab Saudi.

"Kapal terbabit 'enggan respons' kepada amaran diberi berulang kali. Tembakan amaran kemudian dilepaskan... memaksa mereka untuk beredar," lapor Saudi Press Agency.

Laporan itu bagaimanapun tidak menjelaskan jenis kapal terbabit.

Arab Saudi memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran susulan tindakan penunjuk perasaan menyerang kedutaannya di Iran pada 2016 selepas Riyadh melaksanakan hukuman mati ke atas ulama terkemuka Syiah, Sheikh Nimr al-Nimr.

Kedua-dua negara kini mempunyai pendirian bertentangan dalam konflik di Asia Barat, bermula dari Syria hinggalah Yaman.

Ketegangan meningkat selepas siri serangan terhadap kapal tangki minyak di Teluk dan kemudahan minyak Arab Saudi, iaitu insiden yang menggemparkan pasaran tenaga global pada tahun lalu.

Amerika Syarikat dan Arab Saudi menuduh Iran sebagai dalang serangan berkenaan, namun dinafikan Tehran. - AFP



Sumber : Tiga bot Iran masuk perairan Arab Saudi diusir

Post a Comment

0 Comments