Warga emas, pesakit kronik boleh ke masjid

PUTRAJAYA: Warga emas dan pesakit kronik boleh pergi ke masjid meskipun mereka dalam kategori berisiko tinggi, iaitu mereka perlu mengambil langkah berjaga-jaga.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata rakyat Malaysia termasuk golongan berisiko tinggi dibenarkan kembali menjalani kehidupan secara normal sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) tetapi hendaklah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk mengelak daripada dijangkiti COVID-19.

"Sekarang ini kita membenarkan kehidupan seharian mereka bermula kembali tetapi kena pantau. Jangkitan COVID-19 ini memang terkawal tetapi masih ada risiko, walaupun ia sangat rendah.

"Apabila risiko rendah, kita membenarkan semula pembukaan masjid. Kalau mereka pergi ke rumah ibadat, itu kena patuh kepada SOP sedia ada dan kerap cuci tangan serta pemakai pelitup muka," katanya pada sidang media, di sini hari ini.



Sumber : Warga emas, pesakit kronik boleh ke masjid

Post a Comment

0 Comments