Wolves pintas United, Villa kekal zon penyingkiran

BIRMINGHAM: Leander Dendoncker terus menghidupkan peluang Wolves ke Liga Juara-Juara musim depan dan dalam masa sama memastikan Aston Villa terus terperosok ke zon penyingkiran.

Pemain Belgium itu meledak gol pada pertengahan babak kedua untuk membantu Wolves meraih kemenangan 1-0 di Villa Park, sekali gus merapatkan jurang dengan pasukan di tangga keempat.

Anak buah Nuno Espirito Santo itu kini melonjak ke tangga kelima liga, mengatasi Manchester United dan dua mata ketinggalan di belakang Chelsea selepas tiga kemenangan berturut-turut.

Mereka mengekalkan rekod 100 peratus kemenangan sejak saingan liga bersambung semula dan merakam tujuh perlawanan tanpa dibolosi dalam lapan perlawanan di saingan elit itu.

Villa pula sebaliknya gagal meraih sebarang kemenangan sejak Januari dan kekal di zon penyingkiran menerusi perbezaan jaringan.

Malah mereka juga bermain lebih satu perlawanan berbanding Bournemouth, West Ham dan Watford.

- AGENSI



Sumber : Wolves pintas United, Villa kekal zon penyingkiran

Post a Comment

0 Comments