2 maut, motosikal bertembung

LIPIS: Hasrat seorang tentera laut untuk pulang bercuti ke kampung tidak kesampaian apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan motosikal lain di kilometer 22, Jalan Sungai Koyan-Ringlet, berhampiran Pos Betau, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor, berkata mangsa, Muhammad Shakirin Salimi, 20, yang bertugas di Kem Lumut, Perak dan masih bujang dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Kuarters JKR Batu 1, Kuala Lipis.

Katanya, Muhammad Shakirin yang baru setahun bertugas di kem berkenaan menunggang motosikal dan sedang dalam perjalanan dari Lumut, Perak menuju ke Kuala Lipis untuk pulang bercuti.

"Apabila sampai di tempat kejadian beliau telah bertembung dengan sebuah motosikal lain ditunggang, belia Orang Asli iaitu Saiful Rasif, 21, berasal dari Kampung Jerangkak, Pos Betau yang datang dari arah bertentangan, " katanya.

Katanya, akibat kemalangan itu, kedua-dua motosikal remuk di bahagian depan dan kedua-dua penunggang maut di tempat kejadian.



Sumber : 2 maut, motosikal bertembung

Post a Comment

0 Comments