Terkini, Kuching Kini Dikategorikan Sebagai Zon Merah. Ini Kenyataan Mengejutkan Dr Noor Hisham

Selepas lebih sebulan rentas negeri dibuka semula dengan kebanyakan aktiviti ekonomi mula beroperasi, siapa sangka Kuching kini dikategorikan sebagai zon merah.

Ia selepas Kuching mencatatkan 41 kes setakat 12 tengah hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, Hspital Sentosa di Kuching turut ditutup kepada orang awam manakala semua kakitangan pusat perubatan itu dikuarantin di dalam hspital berkenaan.

” Empat kes baharu Kluster Hspital Sentosa. (Seramai) 677 individu disaring dan diuji, 657 masih menunggu keputusan dan Kuching, Sarawak menjadi zon merah,” katanya menerusi catatan di laman Facebook beliau.

Pengesanan kontak rapat juga sedang dijalankan, katanya.

Kes jangkitan baharu COVlD-19 di dalam negara mencatatkan 23 kes hari ini berbanding 21 semalam.

Sementara itu di Kuching, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak akan mengadakan mesyuarat khas esok untuk membincangkan perkembangan terkini pandemik COVlD-19, kata Pengerusinya Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam ini, beliau berkata, daerah berkenaan mencatatkan peningkatan ketara kes pos1tif akhir-akhir ini dengan hari ini saja lapan kes pos1tif baharu dilaporkan.

” Terdapat 39 kes (baharu) pos1tif (terkumpul sejak Ahad lalu) dan dengan satu lagi kes, kami akan menjadi zon merah daripada kuning.

” Apabila menjadi (zon) merah, ia mencerminkan betapa seriusnya keadaan ini. Ini memerlukan langkah-langkah tertentu diambil.

” Mesyuarat esok diadakan khas untuk menentukan langkah-langkah ini,” katanya.

Beliau berkata, apa saja langkah yang dipertimbangkan dan ditentukan akan dimaklumkan kepada Kementerian Kesihatan.

” Kami mahu mereka bertindak supaya kami dapat menguatkuasakan atau melaksanakannya secepat mungkin,”

Akan bincang larangan perjalanan

Demikian kenyataan Noor Hisham sambil menambahkan bahawa larangan perjalanan akan menjadi antara isu yang akan dibincangkan dalam mesyuarat itu.

Penasihat jawatankuasa berkenaan, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri dan Datuk Seri Dr Stephen Rundi (Menteri Utiliti Sarawak), Pengarah Kesihatan Negeri Dr Chin Zin Hing dan pasukan pakar perubatannya dijangka menghadiri mesyuarat itu.

Semnetara itu rata-rata warganet setuju dengan langkah kerajaan untuk memperketatkan semula langkah-langkah pencegahan termasuk mewajibkan memakai penutup muka.

” Semoga Malaysia kembali keadaan selamat seperti sebelum-sebelum ini…perketatkan lg SOP” tulis Jidin

” Tutup sempadan semula….terutama sempadan sarawak-indonesia” tulis Aqira

Sumber: Hmetro dan FB Dr Noor Hisham




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments