
MADRID: Pasukan divisyen dua Sepanyol, Fuenlabrada mengumumkan empat lagi kes dikesan dalam pasukan itu selepas beberapa kes positif dilaporkan yang memaksa perlawanan di Deportiva La Coruna ditangguhkan.
"Hari ini, empat lagi kes COVID-19 dikesan manakala kes kelima sedang menunjukkan simptom namun kita masih menunggu keputusan rasmi," kata pasukan itu dalam satu kenyataan.
"Menerusi pengesahan selepas ujian dilakukan pihak berkuasa kesihatan wilayah Galicia, jumlah mereka yang dijangkiti sudah mencecah 10 orang termasuk empat di Madrid."
Menurut media Sepanyol, pemain yang sudah dikuarantin di Coruna sejak Isnin lalu menjalani dua saringan dengan satu daripadanya oleh La Liga dan satu lagi oleh pegawai kesihatan wilayah.
Aksi antara Fuenlabrada menentang Deportivo dijadual semula pada 30 Julai ini.
Deportivo tersingkir ke divisyen tiga dan pasukan itu ketika ini belum lagi beraksi untuk perlawanan terakhir musim ini namun pihaknya akan mencabar keputusan penangguhan berkenaan.
Penangguhan itu memberi kesan kepada Fuenlabrada kerana pasukan itu masih boleh meraih slot ke play-off La Liga jika meraih keputusan seri yang ketika ini sedang dihuni Elche yang tampak perlu menunggu lagi hasil perlawanan itu. - AFP
Sumber : 4 lagi kes positif COVID-19 babit liga Sepanyol
0 Comments