Sindiket pengedaran minuman keras seludup tumpas

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran arak seludup selepas menahan dua lelaki di Simpang Tiga, Jalan Sri Tanjung Kampung Batu 5 Muar, Johor, semalam.

Menerusi serbuan itu bermula jam 10.30 malam, sepasukan pegawai dan anggota dari Cawangan Risik Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras dengan kerjasama Cawangan Risik Batalion 6 PGA Muar menahan kedua-dua suspek berusia 35 dan 40 tahun.

Komander Briged Tengah PGA Cheras, Senior Asisten Komisioner Muhammad Abdul Halim, berkata turut dirampas 1,980 kotak mengandungi 47,520 tin arak dengan kapasiti 23,760 liter.

"Kita juga sita sebuah lori jenis Nissan UD seberat 12 tan dan kereta jenis Wira Aeroback selain wang tunai RM900 bagi membantu siasatan.

"Nilai keseluruhan rampasan termasuk arak itu ialah RM612,692. Serbuan ini melumpuhkan sebuah sindiket pengedaran arak di sekitar daerah Muar, Batu Pahat dan Johor Bahru.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.



Sumber : Sindiket pengedaran minuman keras seludup tumpas

Post a Comment

0 Comments