COVID-19: Guna pelitup yang menepati spesifikasi

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan menyambut baik keputusan untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka dalam pengangkutan awam dan tempat sesak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham, berkata susulan itu pihaknya menasihatkan orang ramai untuk menggunakan pelitup muka yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

"Untuk pelitup muka bukan perubatan, WHO mengesyorkan jenis fabrik atau kain dengan tiga lapisan yang terdiri daripada lapisan paling dalam yang bersifat menyerap air (hidrofilik).

"Misalnya kapas atau campuran kapas; lapisan paling luar yang diperbuat daripada bahan bersifat menghindar penyerapan air (hidrofobik). Misalnya polipropilena, poliester, atau campurannya.

"Lapisan ini boleh mengehadkan pencemaran daripada luar tembus masuk ke hidung dan mulut pemakai. Bagi lapisan tengah pula, ia perlulah menggunakan hidrofobik yang diperbuat daripada bahan bukan tenunan sintetik seperti polipropilena atau lapisan kapas yang boleh meningkatkan penapisan atau menahan titisan cecair," katanya dalam sidang media di sini.

Dr Noor Hisham berkata, selain jenis fabrik, orang ramai juga diingatkan untuk memakai pelitup muka dengan betul, iaitu menutupi ruang hidung sehingga dagu.

"Pemakaian tidak sempurna dengan membiarkan ia tergantung pada leher, pada dahi, atau menutupi hanya sebahagian dari hidung dan mulut tidak bertepatan dan membawa risiko pencemaran atau jangkitan kepada pemakai.

"Nasihat KKM, pakailah pelitup muka dengan kaedah yang betul," katanya.



Sumber : COVID-19: Guna pelitup yang menepati spesifikasi

Post a Comment

0 Comments