COVID-19: Vietnam catat kematian pertama, kes kembali meningkat

HANOI: Vietnam merekodkan kematian COVID-19 pertamanya hari ini ketika pandemik terbabit muncul semula di negara yang sebelumnya telah dipuji kerana membasmi penularan.

Pesakit, seorang lelaki berusia 70 tahun, meninggal dunia di pusat bandar Hoi An, hampir tiga minggu selepas dimasukkan ke hospital dengan keadaan terlantar yang serius, menurut media negara.

Negara komunis itu dipuji awal tahun ini kerana mengawal baik COVID-19 dengan sekatan pergerakan yang ketat, langkah-langkah kuarantin yang luas dan rejim kesan-dan-jejak yang kuat.

Namun, pandemik kembali meningkat pada hujung minggu di resort pantai Danang, berhampiran Hoi An, membuat negara itu kembali waspada.

Pegawai kesihatan hari ini juga mengumumkan kenaikan jumlah satu angka harian tertinggi di negara itu sejak pandemik bermula.

'Pakar perubatan elit' telah digerakkan untuk membantu mengurangkan pandemik di Danang, kata Doktor Tran Nhu Duong, timbalan ketua Institut Epidemiologi Kebangsaan, kepada TV negara ketika berita kematian pertama muncul.

Mereka akan bergabung dengan 'kira-kira 1,000 orang termasuk tentera' menuju ke pusat kluster terbaru, sebuah kota yang penuh dengan pelancong domestik hingga pihak berkuasa mengumumkan virus itu telah kembali.

Sebelum hujung minggu, Vietnam tidak mencatatkan jangkitan tempatan selama hampir 100 hari.

Namun, sejak itu hampir 100 orang yang melakukan perjalanan ke Danang telah diuji positif di seluruh negara, sehingga pihak kesihatan berusaha untuk menghentikan wabak itu.

Jumlah 'orang yang dijangkiti meningkat dengan jumlah yang tinggi' dengan 45 kes baharu, kata akhbar Suc Khoe Doi Song, sebuah terbitan kementerian kesihatan.

Pesakit terbabit yang berusia antara 27 dan 87 semuanya dirawat di hospital Danang atau bekerja di situ, atau pun saudara mereka, tambahnya.

Media negara berkata, sebuah hospital sementara sedang didirikan di pusat sukan Danang kerana menjangkakan COVID-19 di situ semakin buruk.

Penerbangan masuk dan keluar dari Danang dan pengangkutan awam di dalam bandar telah digantung, dan majoriti 1.1 juta penduduknya telah dinasihatkan untuk tinggal di rumah. - AFP



Sumber : COVID-19: Vietnam catat kematian pertama, kes kembali meningkat

Post a Comment

0 Comments