Real, Barcelona dedah jersi musim baharu

MADRID: Real Madrid dan Barcelona mendedahkan jersi digunakan di gelanggang sendiri atau 'home' dan tempat lawan (away) mereka untuk musim depan.

Lionel Messi dan Karim Benzema dilihat berlatih dengan mencuba set jersi baharu mereka.

Real mengatasi Barcelona untuk merangkul gelaran La Liga ke-34 musim ini dan jersi kempen 2020/21 dihasilkan bagi membantu mereka terus berada di kedudukan teratas.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan penaja pasukan, Adidas, mereka berkata reka bentuk jersi berkenaan dicipta untuk menunjukkan Real 'dahagakan kemenangan'.

Selepas gambar jersi itu tersebar di Twitter, seorang peminat berkata: "Jersi terbaik mereka setakat ini."

Sementara itu seorang lagi peminat berkata: "Jersi tempat lawan yang wajib dimiliki."

Barcelona turut berkongsi gambar jersi baharu yang akan digunakan untuk aksi tempat lawan di Twitter.

Seorang peminat yang teruja dengan jersi terbaharu Barcelona itu berkata:"Jersi terbaik musim ini. Hanya satu perkara yang anda hilang adalah Neymar dan anda terlihat pada rekod penjualan."

Seorang lagi peminat berkata: "Saya mendapatkan jersi gelanggang sendiri dan saya takut melihat jersi tempat lawan." - AGENSI



Sumber : Real, Barcelona dedah jersi musim baharu

Post a Comment

0 Comments