Jabatan Peguam Negara arah siasat Al Jazeera - KPN

KUALA LUMPUR: Siasatan polis terhadap Al Jazeera dijalankan atas arahan Jabatan Peguam Negara selepas mendapati dokumentari terbitan stesen penyiaran itu didapati cuba memburukkan nama Malaysia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata laporan dokumentari itu jelas mencetuskan rasa tidak senang dan kemarahan orang ramai.

"Negara mempunyai undang-undang dan ia amat mudah dipatuhi demi menjaga keharmonian masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai agama dan kaum.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendukung prinsip kebebasan media yang 'bertanggungjawab' namun laporan (dokumentari) berkenaan jelas menimbulkan kemarahan orang ramai," katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, hari ini.

Enam kakitangan stesen penyiaran Al Jazeera bersama tujuh peguam hadir ke ibu pejabat polis Bukit Aman untuk dirakam keterangan, hari ini.

Kesemua mereka tiba di Bukit Aman jam 8.50 pagi tadi untuk memberi keterangan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Difahamkan, enam kakitangan itu terdiri daripada penerbit, editor, wartawan dan jurukamera serta mereka yang terbabit dalam menerbitkan dokumentari kontroversi 'Locked Up In Malaysia's Lockdown'.



Sumber : Jabatan Peguam Negara arah siasat Al Jazeera - KPN

Post a Comment

0 Comments