LONDON: Leeds United kembali ke Liga Perdana Inggeris musim depan selepas kekalahan 2-1 West Bromwich Albion di Huddersfield mengesahkan kepulangan pendahulu Liga Kejuaaraan itu ke liga tertinggi Inggeris.
Skuad kendalian Marcelo Bielsa yang menyepi 16 tahun daripada saingan Liga Perdana, meraikan kejayaan mereka susulan kegagalan Albion yang menghuni tangga kedua mengutip tiga mata.
"Kami kembali. Leeds United kini di Liga Perdana," kata kelab itu selepas wisel penamat.
Leeds mendahului lima mata ke atas pesaing terdekat mereka dan akan mengesahkan kejuaraan hanya dengan keputusan seri menentang Derby di Pride Park esok.
Kemenangan 1-0 ke atas Barnsley di Elland Road Khamis lalu, hasil jaringan sendiri Michael Sollbauer, meletakkan Leeds semakin untuk naik ke Liga Perdana.
Kini mereka boleh bersiap sedia untuk kembali bertemu dengan seteru lama Manchester United dan Chelsea musim depan.
Sejak tersingkir ke divisyen dua pada tahun 2004, Leeds dikendali 14 pengurus berbeza, sehingga akhirnya dibangkitkan oleh bekas pengendali Lazio dan Marseille, Bielsa. - AFP
Sumber : Leeds kembali ke Liga Perdana Inggeris
0 Comments