Matic lanjut kontrak sehingga 2023

MANCHESTER: Nemanja Matic menandatangani kontrak baharu bersama Manchester United sehingga tahun 2023.

Pemain tengah Serbia itu melanjutkan khidmatnya di Old Trafford selepas menunjukkan kebangkitan di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer.

Masa depan pemain 31 tahun itu tampak kelam di United, dengan kontraknya bakal berakhir musim panas ini dan tidak ada tanda-tanda kelab akan menggunakan pilihan lanjutan 12 bulan.

Tetapi sejak kembali daripada kecederaan pangkal paha pada Disember, dia sering membarisi kesebelasan utama, dan memainkan peranan penting dalam deretan keputusan terbaik musim ini.

Matic menyertai United dari Chelsea pada tahun 2017 dan membuat 114 penampilan untuk kelab itu. Dia mewakili negaranya sebanyak 48 kali.

"Saya amat gembira dapat terus menjadi sebahagian daripada kelab hebat ini.

"Sebagai pemain, saya masih mempunyai banyak untuk disumbangkan dan dicapai dalam karier saya, dan untuk melakukannya bersama Manchester United adalah satu penghargaan yang tinggi," kata Matic.

Solskjaer turut gembira dapat mengekalkan Matic di Old Trafford sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga tahun lagi.

"Saya tahu pengalamannya, sikap profesionalnya dan kepimpinannya tidak ternilai untuk kumpulan pemain muda berbakat ini," kata Solskjaer. - AGENSI



Sumber : Matic lanjut kontrak sehingga 2023

Post a Comment

0 Comments