Bermula selepas mereka membintangi telefilem Jula Juli Bintang Cinta, sejak itu Zizan Razak dan Mira Filzah mula digosipkan ada hubungan istimewa.
Meskipun kerap ditanya soalan tentang hubungan tersebut, masing-masing tidak pernah mengakui mereka sedang bercinta sebaliknya hanya sekadar teman rapat.
Bagaimanapun kisah cinta Mira Filzah dengan seorang lelaki yang dikatakan dikenali sejak bangku sekolah bertiup kencang sehinggalah beberapa hari lalu mereka mengesahkan akan berkahwin.
Sebaik pengesahan itu datang dari Mira Filzah sendiri, pastinya ramai mahu mendengar kata-kata Zizan Razak.
Respon Zizan Razak
Pelakon dan pelawak popular, Zizan Razak, 36, tumpang gembira dengan berita pertunangan pelakon popular, Mira Filzah dengan Wan Emir Astar yang juga anak Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid.
Zizan atau nama sebenarnya Mohammad Razizan Abdul Razak ketika ditemui berkata, dia mendoakan kebahagiaan Mira hingga ke jannah bersama pasangannya.
” Orang sudah nak kahwin, nak mendirikan rumah tangga. Lebih baik kita mendoakan yang terbaik untuk masa depan.
” Jadi isteri yang baik, ada suami yang baik, ada keluarga yang baik di kedua belah pihak sehingga ke jannah.
” Itu sajalah saya boleh doakan. Saya juga tumpang gembira apabila kita dengar berita sebegitu,”
Demikian kata-kata Zizan ketika ditemui sewaktu mengacarakan majlis makan malam WHOLLYFITZ bersama Shaheizy Sam.
Sebelum ini, Zizan pernah digosipkan memiliki hubungan istimewa dengan Mira, manakala Mira pula mengakui tidak terikat dengan komitmen percintaan dengan mana-mana rakan artis.
Kelmarin, Mira mengesahkan dia sudah bertunang dengan kekasihnya Wan Emir Astar.
Mastura juga turut mengesahkan anaknya bakal melangsungkan pernikahan dengan pelakon filem Sangat itu tahun ini.
Mira Filzah sendiri sahkan
Terdahulu pelakon popular Mira Filzah mengesahkan dia sudah bertunang dengan kekasihnya Wan Emir Astar yang juga anak kepada Datin Mastura Mohd Yazid.
Bagaimanapun, Mira ketika ditemui enggan mendedahkan secara terperinci mengenai pertunangannya itu.
” Status sekarang dah bertunang,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran platform digital Nurflix di Bukit Jelutong, Shah Alam, hari ini.
Menurut pelakon filem Sangkar ini, dia akan maklumkan kepada media sekiranya semuanya berjalan dengan lancar.
” Insya-Allah, memandangkan kerajaan pun sudah membenarkan jumlah tetamu untuk majlis perkahwinan adalah 250 orang, tentunya saya akan sediakan tempat untuk rakan-rakan media.
” Apa-apa pun, saya akan maklumkan sekiranya semuanya sudah siap sedia,” katanya.
via 1 MIN READ
0 Comments