” Abang minta saya buat bubur lambuk untuk diagihkan kepada penduduk Kampung Bahagia, Felda Sungai Behrang. Kali terakhir saya jumpa abang semasa bulan puasa lalu,”
Demikian luahan Zuraidi Abdul Talib, 52, adik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib yang meninggI dnia di H0spital Bentong, Pahang.
Menurutnya, pada mulanya dia menerima berita mengatakan abangnya reb4h melalui kumpulan aplikasi Whatsapp keluarga.
” Apabila mendapat berita itu, saya terus menghubungi rakan abang saya yang ketika itu baru sampai di H0spital Bentong, namun dia memaklumkan abang masih dalam rawatan.
” Selang beberapa minit, saya dihubungi oleh rakan tadi. Saya terdengar dia menangis menyebabkan saya dapat rasakan abang sudah tiada,” katanya ketika ditemui di Kampung Bahagia, Felda Sungai Behrang, hari ini.
Menurutnya, dia masih terkejut dan tidak sangka pertemuan dengan abang ketika masak bubur lambuk menjadi pertemuan terakhir.
Zuraidi berkata, arwh mengambil berat terhadap kebajikan rakyat dan ahli keluarga menyebabkan abangnya disenangi ramai.
Katanya, pemergian arwh amat dirasai dan kehilangan besar buat mereka sekeluarga serta penduduk di Tanjung Malim.
Sementara itu, tinjauan di rumah ibu Allahyarham mendapati ahli keluarga, saudara mara, penduduk setempat dan rakan berkumpul menunggu ketibaan jnzah.
Ibu saudara tegur raut wajah nampak lain
” Ibu saudara ada memberitahu raut wajahnya nampak lain ketika berjumpa baru-baru ini,”
Itu kata-kata Othman Abdul Talib, adik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib yang meninggI dnia akibat s3rangan jant0ng petang semalam.
Othman, 55, berkata, sebelum ini arwh tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap yang terlalu ketara.
” Cuma, arwh ada pergi ke rumah saudara kami di Keramat, Kuala Lumpur dan ibu saudara ada menegur raut wajahnya yang nampak agak lain.
” Tetapi abang (yang lain) hanya mengatakan dia (banyak) membuat kerja dan nampak lain mungkin akibat keadaan cuaca panas,” katanya.
Othman berkata, dia kali terakhir berjumpa arwh sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan hanya berhubung melalui aplikasi whatsapp keluarga.
” Saya mendapat berita daripada kumpulan Whatsapp keluarga berkenaan arwh reb4h ketika bermain golf dan kira-kira setengah jam kemudian kami mendapat berita kematian arwh.
” Setahu kami arwh tidak mempunyai sebarang penyakit dan kami sekeluarga tidak mengetahui berkenaan sakitnya, jadi kami terkejut dengan berita pemergian,” katanya.
Jnzah Mohd Khusairi Abdul Talib, selamat dikebvmikan di Tanah Perkvburan Islam Felda Sungai Behrang, pada 9.20 pagi Khamis.
Terdahulu, media melaporkan Mohd Khusairi meninggI dnia di H0spital Bentong, Pahang pada 4.15 petang semalam kerana mengalami s3rangan jant0ng selepas dilaporkan tiba-tiba reb4h ketika bermain golf.
Kredit: Hmetro
via 1 MIN READ
0 Comments