” Alhamdulillah, syukur pada Allah, yang mana berjalan2 ke sabak bernam mai la singgah datang beli Cempedak goreng yg dayah jual, lokasi sabak bernam, selangor.
” Rezeki datang macam-macam bentuk. Kadang-kadang kita ambil tak kisah pun walau rezeki tu sekadar berharga RM5.
” Rezeki itu datang kerana kasih sayang Allah SWT. Dia beri kepada siapa yang dia suka,.Yang paling penting, Mengejar rezeki jangan Mengejar jumlahnya tapi kerjarlah berkahnya”
” Terima kasih semua support beli Cempedak goreng dan produk2 keluaran dayah.. Al-fatihah dibaca buat arwh suamiku Syed Umar Mokthar..”
Demikian perkongsian Siti Nurhidayah Mohd Ali, 28, isteri pelakon dan pelawak popular Allahyarham Abam Bocey di Instagram beliau.
Menurut Hidayah, sewaktu anak sulungnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey berusia tiga bulan, Allahyarham Abam Bocey ada menyatakan keinginan untuk berniaga kedai makan bersamanya.
Namun, hasrat itu tidak kesampaian apabila Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, meninggI dvnia di kediamannya di Gombak, pada 10 Februari lalu.
Hari ini, Nurhidayah bangkit dari kesedihan bagi merealisasikan hasrat Allahyarham dengan berniaga cempedak goreng di tepi jalan di Pekan Sabak, Sabak Bernam.
Bercerita lanjut, Nurhidayah berkata, pada awalnya Allahyarham bercadang mencari kedai makan untuk berniaga masakan panas bersamanya.
” Arwh ada menyatakan hasrat untuk berniaga. Namun, memandangkan anak masih kecil, saya kata tunggu anak besar dulu baru boleh berniaga.
” Namun, hasrat itu (berniaga) tertangguh apabila arwh pergi menghadap Ilahi,” katanya ketika ditemui, hari ini.
Menurut Nurhidayah, dia tidak mahu menoleh ke belakang kemudian membantu bapanya, Mohd Ali Bahtin, 70, berniaga durian di Pekan Sabak sebelum memulakan perniagaan cempadak goreng.
” Saya berniaga bersama adik ipar, Nor Farhana Nordin, 21, sejak awal bulan ini dan tidak menyangka cempadak goreng yang dijual mendapat sambutan orang ramai.
” Saya ketepikan perasaan kekok dan malu demi mencari rezeki halal dan dalam masa sama membesarkan Hamzah yang kini berusia setahun,” katanya yang menetap di Taman Air Manis, Sabak Bernam.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai sambutan Aidiladha yang akan tiba tidak lama lagi, Nurhidayah berkata, dia dan Hamzah akan menyambut perayaan itu dalam suasana sederhana bersama keluarga.
” Diam tak diam, sudah lima bulan arwh meninggalkan kami berdua. Sampaikan Hamzah sudah lancar menyebut perkataan ‘ayah’.
” Meskipun arwh sudah tiada di samping kami, saya berdoa supaya rohnya ditempatkan bersama orang beriman,” katanya.
via 1 MIN READ

0 Comments