Purata lebih 1,000 kematian COVID-19 sehari di AS sejak semalam

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mencipta rekod baru harian apabila mencatatkan lebih 1,000 kematian akibat COVID-19 terutama di Alabama, Nevada dan Texas, selama dua hari berturut-turut sejak semalam.

Sebelum ini, peningkatan paling ketara dalam sehari ialah pada 5 dan 6 Jun lalu tetapi selepas seminggu, kes jangkitan meningkat manakala angka maut di 23 negeri turut menyaksikan peningkatan.

Texas adalah negeri yang paling teruk dilanda wabak itu sehingga mayat terpaksa disimpan dalam trak sejuk beku apabila kadar kematian meningkat dua kali ganda dalam tempoh seminggu.

Di Hidalgo Country, yang terletak paling selatan di sempadan AS dengan Mexico, kadar jangkitan dikesan meningkat sehingga 60 peratus minggu lalu, dengan lebih 360 kes kematian.

Malah, sejak dua minggu lalu, tanah perkuburan di Hidalgo Country terpaksa menyediakan senarai menunggu bagi pengebumian dan trak sejuk beku, masing-masing berupaya menempatkan 50 mayat, diguna bagi menyimpan mayat.

Setakat ini, AS mencatatkan 4,100,875 kes jangkitan termasuk 146,183 kematian, menjadikannya negara paling terjejas di dunia. - AGENSI



Sumber : Purata lebih 1,000 kematian COVID-19 sehari di AS sejak semalam

Post a Comment

0 Comments