
PUTRAJAYA: Sebanyak 17 kes positif baharu COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 9,334 setakat hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pada masa sama sebanyak 10 kes pulih daripada jangkitan COVID-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya sebanyak 9,048 kes atau 96.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Beliau berkata, ketika ini, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 160 kes dan pesakit sudah diasingkan serta diberi rawatan.
"Ingin dimaklumkan daripada 17 kes baharu yang dilaporkan, 15 kes adalah kes import, membabitkan seramai 11 warganegara Malaysia dan empat bukan warganegara.
"Sebanyak 15 kes import adalah 12 kes pulang dari India yang dikesan di Kuala Lumpur; dua kes pulang dari Arab Saudi yang juga dikesan di Kuala Lumpur; manakala satu lagi kes pulang dari Jepun yang dikesan di Sarawak.
"Dua kes penularan di dalam negara adalah dalam kalangan warganegara Malaysia," katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.
Beliau berkata, satu kes penularan tempatan adalah di Selangor dan satu lagi adalah di Kedah dan kedua-duanya kontak rapat bagi kluster baharu.
Katanya, sehingga kini, terdapat tujuh kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan lima daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Sumber : 17 kes positif baharu COVID-19
0 Comments