20 individu dikompaun RM1,000

BINTULU: Seramai 15 lelaki dan lima wanita dikompaun RM1,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 di bandar ini, malam tadi.

Semua individu terbabit yang dalam lingkungan umur 18 hingga 39 tahun dikompaun dalam Op COVID-19 di sebuah premis makanan selepas didapati mengabaikan penjarakan fizikal digariskan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Timbalan Ketua Polis Daerah Bintulu, Deputi Superintendan Jame Reis, berkata mereka yang ditahan adalah 17 pelanggan dan tiga pekerja di premis berkenaan.

"Operasi dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama berkaitan pada jam 9.50 malam dan mengesan pelanggan dan pekerja premis tidak mematuhi SOP ditetapkan bagi membendung penularan COVID-19 ini," katanya kepada media, hari ini.

Beliau berkata, polis akan terus memantau dan memperhebatkan lagi pemeriksaan di tempat awam termasuk premis makanan dan kafe bagi memastikan orang ramai mematuhi SOP ditetapkan.

"Dalam hal ini, setiap individu perlu berperanan menasihatkan ahli keluarga atau kenalan mereka supaya mematuhi SOP ditetapkan terutama di kawasan awam bagi mengelak jangkitan COVID-19 dan tidak dikenakan tindakan undang-undang," katanya.



Sumber : 20 individu dikompaun RM1,000

Post a Comment

0 Comments