Barang mudah letup perlu disimpan dalam bunker

KUALA LUMPUR: Bahan mudah meletup perlu disimpan sekurang-kurangnya satu kilometer dari kawasan yang mudah diakses orang ramai dan dilengkapi struktur bertembok.

Selain itu, ia perlu disimpan di dalam bunker dan dijarakkan antara satu sama lain, mengikut jenis dan kekuatan letupan yang akan terhasil.

Pakar bahan letupan, Datuk Zurkarnain Mohd Kassim, berkata kuantiti simpanan bahan mudah meletup juga perlu dihadkan mengikut jenis dan tahap sensitiviti barangan terbabit.

"Bahan mudah meletup dalam bahan lengai seperti baja juga perlu diambil kira dengan setiap daripadanya perlu dijarakkan, jika disimpan dalam kuantiti banyak.

"Kalau baja disimpan dalam kuantiti 20 pek ia tak perlu dijarakkan, tetapi teknik simpanan betul perlu diaplikasi jika ia mencecah 1,000 unit ke atas.

"Ini kerana, setiap baja mengandungi ammonium nitrat yang masih boleh bertindak balas walaupun melebihi 20 tahun, jika ia langsung tidak digunakan bagi tanaman," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.



Sumber : Barang mudah letup perlu disimpan dalam bunker

Post a Comment

0 Comments