Benda Dah Pun Tersebar. Tak Sangka Ini Tindakan Bakal Diambil Selepas Asri Pergi Jumpa Menteri KDN

Terkini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil tindakan tegas terhadap polis yang terbabit dalam melindungi kegiatan perjvdian.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, tindakan tegas itu bukan saja di kawasan tertentu seperti di Sungai Buloh yang tular berikutan pendedahan Asri Janggut kelmarin tetapi merangkumi seluruh negara.

” Jika ada aduan seperti ini, saya nak maklumkan di sini, tindakan tegas bukan hanya terhadap orang yang melakukan, begitu juga kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang ada di situ.

” Kalau betul-betul mereka terbabit kita akan bagi kepada jawatankuasa disiplin untuk memastikan mereka boleh diambil tindakan mengikut apa yang patut kita akan buat,” katanya pada sidang media di Pejabatnya di Parlimen, hari ini.

Terdahulu, Hamzah mengadakan pertemuan dengan Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, 42, atau lebih dikenali dengan panggilan Asri Janggut bagi mengetahui pendedahan yang ditularkan berhubung aktiviti perjvdian dan perniagaan har4m di Bandar Baru Sungai Buloh.

Beliau mahu mendapatkan gambaran sebenar daripada Asri berhubung pendedahannya selain memberikan nasihat ekoran pendedahan yang dibuat itu boleh mengundang risiko kepada dirinya dan keluarga.

Minta orang ramai tidak ikut ‘cara’ Asri

Hamzah turut memberikan nasihat kepada orang ramai supaya tidak sesekali membuat pendedahan secara terbuka mengenai aktiviti har4m sebagaimana yang dilakukan oleh Asri.

Ini kerana katanya, beliau bimbang pihak yang mendedahkan maklumat itu akan mendapat ancaman dan adalah lebih baik sekiranya ia diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

” Lain kali buat video elok-elok dan hantar kepada saya. Video itu boleh dihantar ke pejabat saya di KDN di Putrajaya.

” Jangan buat macam Asri ditularkan, nanti jadi macam-macam masalah. Belum sampai kepada saya dah jadi isu. Nanti jadi masalah kepada diri dan keluarga dia.

” Kalau ada orang nak buat hantar kepada saya dulu. Biar saya tengok dan saya buat penyelidikan yang lebih sesuai mengikut perundangan yang ada,” katanya.

Menurutnya, mungkin pasukan Bukit Aman yang akan dikerahkan ke kawasan tertentu untuk sebarang bentuk video aduan berkaitan rumah perjvdian seumpamanya berbanding polis di daerah yang berkenaan.

” Kalau dah benda (video kegiatan rumah juudi) itu datang terus kepada saya, tak semestinya saya menggunakan OCPD (Ketua Polis Daerah).

” Mungkin saya boleh menggunakan pasukan yang datangnya dari Bukit Aman contohnya, itu semua kita akan pastikan,” katanya.

Sumber: hmetro




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments