COVID-19: Hospital utama Jakarta tolak pesakit

JAKARTA: Lonjakan semula kes COVID-19 menjadikan doktor di hospital utama Jakarta dalam situasi perlu memutuskan siapa yang harus ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) atau sebaliknya.

Perkara itu sudah berlaku di Hospital Friendship iaitu kemudahan perubatan terbesar yang dikendalikan oleh kerajaan di ibu negara Indonesia di mana hospital itu menerima permintaan untuk mengambil 83 pesakit sehari saja.

Oleh kerana bilangan kakitangan terlatih terhad, kebanyakan permintaan ditolak dan Khamis lalu, hospital menerima 103 kes rujukan, tetapi hanya 12 orang diterima.

Pada Jumaat lalu, jumlah kes di Jakarta kembali meningkat kepada 869 kes, melonjak naik dalam tempoh 100 hari yang lalu.

Di peringkat nasional, jangkitan meningkat dengan 3,308 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah jangkitan lebih dari 169,000, sekali gus menghentikan pembukaan kota itu secara beransur-ansur.

Jurucakap pasukan petugas COVID-19 Indonesia, Profesor Wiku Adisasmito, berkata objektif kerajaan sangat jelas, pantas dan tindak balas yang cepat untuk semua orang Indonesia membantu mewujudkan negara yang sihat dan selamat dari COVID-19.

Di Friendship Hospital atau Rumah Sakit Persahabatan, doktor bergelut dengan idea untuk memutuskan pesakit dengan keadaan lebih serius untuk dirawat untuk diletakkan di ICU.

Jurucakap hospital yang juga jurucakap Persatuan Doktor Perubatan Indonesia, Dr Erlina Burhan, berkata beliau bimbang tidak lama lagi, Indonesia akan sampai ke titik di mana harus bergantung kepada Tuhan.

Friendship Hospital yang dibina pada tahun 1960-an dengan bantuan Soviet, menjadi antara barisan pertahanan terakhir bagi mereka yang kritikal COVID-19 sejak ia ditutup, tetapi 206 daripada 700 katil dikhususkan untuk pesakit COVID-19.

Dua hospital lain, Sulianti Saroso dan hospital tentera turut menyediakan rawatan yang sama dan mempunyai 150 katil di antara mereka.

Indonesia mempunyai empat doktor bagi setiap 10,000 orang, iaitu separuh daripada nisbah di India dan kurang satu pertiga berbanding Malaysia, menurut data Bank Dunia.

Pakar bius ICU, Dr Ernita Akmal, berkata batasan terbesar mereka ialah sumber manusia.

"Selepas enam bulan, semua orang keletihan," katanya. - AGENSI



Sumber : COVID-19: Hospital utama Jakarta tolak pesakit

Post a Comment

0 Comments