Harga RON95, RON97 turun lima sen

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 turun lima sen seliter, masing-masing kepada RM1.63 dan RM1.93 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini sehingga 14 Ogos.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel juga turun empat sen seliter kepada RM1.79.

"Penurunan ini dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses, selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini," katanya.

Kenyataan sama menyatakan, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia, serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.



Sumber : Harga RON95, RON97 turun lima sen

Post a Comment

0 Comments