Ibu Sheila meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Ibu kepada Ratu Jazz, Datuk Sheila Majid iaitu Datuk Paduka Saadiah Adam menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Pantai, di sini, jam 4.30 pagi.

Allahyarham Saadiah, 96, meninggal dunia akibat sakit tua. Ibu kepada lapan orang cahaya mata itu tidak mempunyai sebarang penyakit, sebaliknya keadaannya semakin lemah dan kurang berselera makan, baru-baru ini.

Berita pemergian Saadiah disahkan pengurus penyanyi itu, Siti Zubaidah Salim kepada BH Online.

Keadaan Allahyarham Datuk Paduka Saadiah Adam semakin uzur dalam foto yang dimuat naik Datuk Sheila Majid menerusi laman Instagramnya, lima hari lalu. - Foto IG Datuk Sheila Majid
Keadaan Allahyarham Datuk Paduka Saadiah Adam semakin uzur dalam foto yang dimuat naik Datuk Sheila Majid menerusi laman Instagramnya, lima hari lalu. - Foto IG Datuk Sheila Majid

Siti Zubaidah berkata, jenazah arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sakinah Kiara 2, Bukit Kiara, jam 10 pagi.

"Arwah meninggal dunia kerana sakit tua, tidak mempunyai sebarang penyakit dan keadaannya sihat sahaja. Cuma lemah dan kurang makan, sejak kebelakangan ini.

"Keluarga membawa arwah mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Pantai pada Selasa lalu, selepas melihat keadaannya semakin uzur.

"Bagaimanapun, arwah menghembuskan nafas terakhir di hadapan ahli keluarga, pagi ini," katanya.



Sumber : Ibu Sheila meninggal dunia

Post a Comment

0 Comments