BRNO, Republik Czech: Kes pertama COVID-19 di paddock MotoGP dikesan di Grand Prix Czech di Brno.
Kes positif itu membabitkan seorang kakitangan Dorna Sports, promoter kejuaraan dunia itu, tetapi individu berkenaan tidak menunjukkan sebarang gejala.
"Selepas lebih 5,500 ujian dijalankan ke atas semua kakitangan paddock sebelum kehadiran mereka di GP Sepanyol, Andalusia dan Czech, seorang didapati positif COVID-19.
"Keputusan itu hasil ujian di GP Austria (16 Ogos). Individu berkenaan adalah daripada Dorna Sports dan dia tidak menunjukkan sebarang gejala," kata penganjur dalam satu kenyataan.
"Sebagai langkah berjaga-jaga, penganjur membuat keputusan untuk melakukan ujian ke atas semua individu yang mempunyai kontak dengan pesakit dan hasilnya adalah negatif."
Individu berkenaan kini dikuarantin di hotel. - AFP
Sumber : MotoGP catat kes pertama COVID-19
0 Comments