Murier, Bonazzoli lebih klinikal berbanding Ronaldo

LONDON: Cristiano Ronaldo berada di kedudukan ketiga dalam senarai penyerang paling klinikal walaupun meledak 21 gol, di belakang dua pemain kurang ternama.

Dua pemain teratas - Luis Muriel dan Federico Bonazzoli - yang mengatasi penyerang Juventus berusia 35 tahun itu juga beraksi di liga Serie A.

Muriel berada di kedudukan teratas senarai penyerang paling klinikal selepas memberikan impak terbaik terhadap sistem serangan Atalanta dengan mencetak gol setiap 61 minit apabila meledak lapan kali pada tahun ini.

Bintang Sampdoria, Bonazzoli berada di kedudukan kedua dengan meledak gol setiap 77 minit, namun hanya mengumpul lima jaringan.

Ronaldo diletakkan pada tangga ketiga dengan meledak gol setiap 81 minit.

Walaupun legenda Portugal itu mungkin menjaringkan gol sepanjang tahun, dia tidak begitu berkesan seperti pesaingnya di Serie A.

Ronaldo berada setaraf mesin gol Borussia Dortmund, Erling Haaland dengan gol setiap 81 minit.

Robert Lewandowski berpuas hati di kedudukan kelima walaupun mengharungi musim kurang baik di Bayern Munich, menjaringkan 15 gol musim ini dengan gol setiap 84 minit.

Neymar (90 minit), Sergio Aguero (91) dan Nikola Kalinic (98) berada di tangga ketujuh, kelapan dan kesembilan.

Pemenang kasut emas Eropah 2019/20, Ciro Immobile sekadar di kedudukan ke-10, meledak 19 kali musim ini dengan gol setiap 99 minit. - AGENSI



Sumber : Murier, Bonazzoli lebih klinikal berbanding Ronaldo

Post a Comment

0 Comments