Pesawat Air India Express tergelincir, 14 dikhuatiri terbunuh

KOZHIKODE: Sebuah pesawat Air India Express yang membawa 190 penumpang dan kru termasuk rakyat India terkandas di Dubai akibat COVID-19, tergelicir di landasan ketika mendarat di lapangan terbang Kozhikode, Kerala di India.

Seorang pegawai kanan polis, Abdul Karim memberitahu AFP bahawa sekurang-kurangnya 14 maut dan 15 lagi cedera parah dalam kemalangan ketika hujan lebat itu.

"Sekurang-kurangnya 89 mangsa dibawa ke beberapa hospital sekitar Kozhikode, kebanyakannya dengan kecederaan serius," katanya.

Menurut jurucakap Kementerian Penerbangan Awam, Rajiv Jain, enjin pesawat pecah kepada dua bahagian dan di temui dalam kawasan lembah sedalam 10 meter tetapi tiada kebakaran dilaporkan dalam pesawat.

"Pesawat itu membawa 173 penumpang dewasa, 10 kanak-kanak, dua juruterbang dan lima kru penerbangan adult passengers, 10 infants, two pilots and five cabin crew on board the aircraft," katanya. - AFP



Sumber : Pesawat Air India Express tergelincir, 14 dikhuatiri terbunuh

Post a Comment

0 Comments