Rakyat Sabah Terkejut, Musa Aman Dan 32 Adun Nekad Mahu Saman TYT Tun Juhar. Ini Puncanya

” Aduh sampai mahu saman ka..tak bole ka tunggu COVlD ni reda dulu baru berebut kuasa?”

Demikian antara komen segelintir warganet di halaman Facebook 1Sabah, susulah berita Musa Aman dan 32 Adun cabar pembubaran DUN Sabah

Difahamkan Musa Aman mengetuai 32 Adun lain untuk mengemukakan saman ke atas Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Ia berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang diputuskan oleh Tun Juhar baru-baru ini.

Adun tunggal Umno di Sabah itu mahu mendapatkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu bagi mencabar keputusan Juhar pada 30 Julai lalu.

Ia berlaku selepas Musa gagal dalam cubaannya menggulingkan kerajaan negeri pimpinan Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal.

Menurut The Star Online permohonan tersebut difailkan firma FT Ahmad and Co pada 3 Ogos dan dijangka akan didengar di depan Pesuruhjaya Kehakiman Leonard Chin esok.

Dalam permohonan tersebut Musa dan 32 Adun lain meminta agar mahkamah memberikan injunksi terhadap pembubaran DUN Sabah serta mempersoalkan permintaan bertulis Mohd Shafie kepada Juhar bagi pembubaran berkenaan yang dibuat pada 29 Julai lalu.

Peguam yang mewakili Adun terbabit dijangka akan berhujah bahawa Juhar tidak membubarkan DUN Sabah mengikut peraturan seperti ditetapkan Fasal 21(2) Perlembagaan Sabah serta semangat Fasal 7(1) mengenai kehilangan sokongan majoriti Adun terhadap Mohd Shafie.

Difahamkan, Peguam Besar Sabah, Brenddon Keith Soh, akan bertindak mewakili Juhar dan kerajaan negeri dalam perbicaraan berkenaan.

Selain Juhar dan Mohd Shafie masing-masing sebagai responden pertama dan kedua, Musa dan 32 Adun itu juga menamakan Suruhanjaya Pilihan Raya dan kerajaan negeri sebagai responden ketiga dan keempat.

Sementara itu menerusi ruangan komen di halaman Facebook 1Sabah, rata-rata mempersoalkan tindakan ahli politik yang hanya tahu berebut kuasa demi kepentingan sendiri.

Bahkan menurut mereka, tidak kira siapa memerintah, Musa Aman atau Shafie Apdal, nasib mereka tetap sama juga.

” Siapa-siapa menang pun tetap jugak bekakai cari duit ..kalau kamu nda apa la, duit nda abis mkn” tulis Shahzwin

“Semua la pemimpin d Sabah ni giIa kedudukan dan kuasa apata lagi ketuanya bukan pikir pasal apa yng melanda dunia skarang ni” tulis Abdullah

” Lantak kamu la, kami rakyat ni sama jugak keadaannya, tetap jugak kerja hari-hari, hujung bulan dapat gaji bayar hutang. Sapa pun yg menang klu jiwa tu bukan untuk rakyat sama jgk pai nya.” tulis Anas




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments