Senarai 12 tempat awam wajib pakai pelitup muka

Berikut adalah senarai tempat awam yang diwajibkan pemakaian pelitup muka:

  1. Masjid, surau dan rumah ibadat
  2. Majlis sosial
  3. Pengangkutan awam seperti bas, kereta api, kapal terbang dan van sekolah
  4. Hospital dan klinik
  5. Pasar awam dan pasar tani
  6. Pawagam
  7. Kompleks beli-belah, pasar raya, kedai runcit, stesen minyak
  8. Restoran
  9. Bengkel
  10. Kedai gunting rambut dan salun kecantikan
  11. Pusat hiburan keluarga
  12. Mana-mana tempat awam yang sesak.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata demikian kepada Bernama bagi menjawab kekeliruan orang ramai mengenai perkara tersebut.

Kerajaan menguatkuasakan pemakaian pelitup muka secara wajib di tempat awam yang sesak mulai 1 Ogos di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Mana-mana individu awam yang melanggar peraturan di bawah Akta itu hanya akan dikenakan tindakan kompaun sehingga RM1,000,” katanya.

— BERNAMA



via Wowberita

Post a Comment

0 Comments