Peniaga burger yang membuat pendedahan kegiatan juudi di sekitar Baru Sungai Buloh memberitahu beliau ada dihubungi individu yang tidak berpuas hati dengan tindakannya.
Mohd Asri, 42, berkata, individu berkenaan yang mengaku sebagai ‘ayahanda’ kawasan itu menghubunginya melalui panggilan telefon, semalam.
” Individu itu memberitahu dia tidak berpuas hati dengan tindakan saya mendedahkan mengenai kegiatan juudi di kawasan ini dan kata perkara itu adalah salah.
” Bagaimanapun tiada ugutan diterima dari individu terbabit.
” Saya sudah merujuk perkara itu kepada pihak poIis menerusi perjumpaan dengan KPN Tan Sri Abdul Hamid Bador, pagi tadi dan beliau memaklumkan akan melakukan siasatan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Jalan Besar Bandar Baru Sungai Buloh ketika hadir bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin untuk meninjau lokasi yang dipercayai dijadikan sebagai premis juudi di kawasan berkenaan.
Kelmarin, Mohd Asri membuat tiga siaran langsung di akaun Facebook Hot Burger Malaysia dengan mendakwa wujud beberapa premis juudi serta gerai peniaga warga Indonesia keturunan Aceh yang menjual rkok selvdup di sekitar Jalan Besar Bandar Baru Sungai Buloh.
Katanya, walaupun tiada ugutan diterima daripada mana-mana pihak berhubung pendedahan itu, beliau yakin keselamatannya masih ter4ncam.
” Mungkin hari ini tiada apa-apa yang berlaku, namun bahaya itu akan datang kemudian kerana isu ini masih ‘panas’.
” Dalam perkara ini, pastinya ada risiko kerana mesti ada rasa dendam terhadap saya akibat membuat pendedahan berkenaan. Bagaimanapun, saya serahkan semuanya kepada Allah,” katanya.
Mengulas mengenai perjumpaannya bersama Abdul Hamid, beliau berkata, Abdul Hamid mengucapkan terima kasih kerana membantu menyalurkan maklumat kepada pihak poIis.
” Ketika perjumpaan tadi, KPN mengucapkan terima kasih atas maklumat ini dan meminta untuk saya menceritakan mengenai perkara yang berlaku.
” Dalam perjumpaan itu, beliau memberikan kata-kata semangat kepada saya supaya tidak takut dalam mendedahkan perkara ini.
” Malah, KPN memaklumkan akan membanteras kegiatan juudi kerana beliau tidak suka aktiviti itu berleluasa di negara ini,” katanya.
Sementarai itu, Mohd Asri berkata, beliau sudah dihubungi pihak Ibu Pejabat PoIis Daerah (IPD) Sungai Buloh, semalam, untuk diambil keterangan berkaitan laporan poIis dibuat terhadapnya mengenai pendedahan itu.
” Saya sudah memaklumkan kepada pihak poIis (IPD Sungai Buloh) akan tampil ke balai poIis bersama peguam dalam masa terdekat untuk membantu siasatan.
” Persoalan sama ada saya akan ditahan atau tidak selepas mengambil keterangan nanti, itu saya tidak tahu.
” Namun, saya akan memberikan kerjasama sepenuhnya,” katanya yang memaklumkan sudah menyerahkan telefon bimbit miliknya kepada pihak poIis Bukit Aman untuk siasatan lanjut.
via 1 MIN READ
0 Comments