SMK Matu terima sumbangan

MUKAH: Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi menyalurkan sumbangan wang tunai RM20,000 untuk manfaat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Matu.

Pengetua, Nguang Seng, berkata bantuan itu hasil inisiatif bekas pelajar, iaitu tahun persekolahan 1972-1977.

Katanya, sumbangan berkenaan digunakan untuk membeli projektor LCD bagi kegunaan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP).

"Sebahagian lagi wang tunai itu digunakan untuk membeli buku rujukan bagi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis penyerahan sumbangan diketuai bekas pelajar, Sulaiman Bohari.

Hadir sama Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Matu, Norhayati Abang Daud.

Ahmad Johnie tidak dapat hadir kerana sidang Dewan Rakyat di Kuala Lumpur.



Sumber : SMK Matu terima sumbangan

Post a Comment

0 Comments