Susulan UMNO Selamba Kata ‘Jangan Mimpi’ Kepada Bersatu. Ini Jawapan Balas Armada

(Gambar kanan, Muzzammil Ismail)

Ketua Penerangan U M N O Shahril Sufian Hamdan selaku pemimpin utama gabungan PN jangan ceIupar, tegur Exco Armada Nasional Bersatu Muzzammil Ismail.

Beliau mengulas kenyataan Shahril yang menasihatkan Pengerusi Bersatu Sabah Hajiji Noor supaya “jangan bermimpi” susulan selepas menyatakan hasrat partinya untuk bertanding 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Muzzammil menyoal Shahril, berkata “lupakah U M N O rebah di Sabah pada PRU14?”

” Apa yang dinyatakan oleh Pengerusi Bersatu, Hajiji adalah hasrat Bersatu, dan sememangnya berdasarkan rekod baik Adun Bersatu sebelum ini.

” Kenapa Sharil Hamdan melompat lebih hanya kerana risau kerusi U M N O berisiko dipertandingkan oleh Bersatu?

” Adakah rakyat telah menerima U M N O pada hari ini?

” Sebaliknya selesaikan di meja rundingan dan bukan melalui serangan di media,” katanya.

Beliau turut menasihatkan pemimpin U M N O dan Bersatu supaya tidak mengulangi kesilapan PH sebelum ini yang berpecah.

” Pimpinan utama U M N O dan Bersatu kena jaga perkara ini dan jangan ceIupar. Warisan masih lagi mempunyai ‘strong base’ di Sabah.

” Muhasabah diri dan jangan terlalu ego. Kita kena bijak mengatur politik di sini. Jangan pula, menembak antara satu sama lain,” katanya.

PRN Sabah bakal diadakan selepas DUN semasa dibubarkan.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Menteri Mohd Shafie Apdal pada Khamis lalu, beberapa jam selepas Musa mendakwa blok pembangkang memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baru.

Hendak bersahabat dengan U M N O, buat cara bersahabat.

Terdahulu Shahril Sufian Hamdan yang juga Ketua Penerangan U M N O menasihatkan Pengerusi Bersatu Sabah Hajiji Noor supaya “jangan bermimpi” susulan selepas menyatakan hasrat partinya untuk bertanding 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

” Dua perkataan: Jangan mimpi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Secara sinis, Shahril berkata cadangannya kepada Bersatu Sabah, ialah jika hendak bersahabat dengan U M N O, buat cara bersahabat.

” Kita boleh berbincang. Kita boleh berunding.

” U M N O Sabah punyai autonomi menentukan hal calon dan kerusi yang ditandingi. Tetapi kalau sebelum berunding pun Bersatu sudah ghairah mengiklan hasrat bertanding 45 kerusi.

” Itu bukan langkah berlandaskan kebijaksanaan atau keikhlasan,” katanya.

Hajiji dalam satu kenyataan awal hari ini, berkata, bahawa parti itu akan bertanding di 45 kerusi daripada jumlah 73 kerusi DUN yang dipertandingankan dalam PRN akan datang.




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments