Terkejut Dapat Tahu Rupanya Pensyarah Itu Jirannya, Bekas Imam Mula Bersuara Dan Ceritakan Sesuatu

” Kami tidak mengenali svspek, kerana tidak pernah nampak sebelum ini.

” Cuma perempuan (mngsa) sahaja yang sering dilihat meninggalkan komen dalam kumpulan WhatsApp untuk jemaah wanita,” kata seorang penduduk yang enggan dikenali.

Penduduk berkenaan hanya memperkenalkan dirinya sebagai bekas imam di Taman Putra Perdana itu berkata, rumah mngsa berhampiran rumahnya, yang hanya ‘dipisahkan’ dengan taman permainan.

” Rumah saya dan mngsa sama-sama mengadap padang (permainan), tetapi memang tidak pernah terserempak dengan mngsa.

” Dia hanya dikenali dalam kalangan jemaah wanita di taman ini.

” Apa yang terjadi ini memang mengejutkan, kita hanya tahu mengenai kes pembvnuhan berkenaan melalui berita di televisyen sahaja.

” Hari ini keadaan kecoh sedikit selepas penduduk melihat kawasan berdekatan lombong dipasang tali garisan oleh pihak polis bagi menghalang orang ramai menghampiri kawasan itu,”

Demikian kata-kata individu tersebut ketika ditemui berhampiran lokasi pencarian bahan bukti bagi kes pembvnuhan seorang pensyarah wanita, minggu lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff berkata, selepas tiga jam operasi mencari bahan bukti di lombong berkenaan, pihaknya masih tidak menemui telefon bimbit mngsa yang didakwa dicampak oleh svspek.

” Dah habis (operasi pencarian bahan bukti) tapi tak jumpa barang kes,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan sepasukan penyelam dari Unit Selam Marin Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikerahkan ke Tasik Perdana Putra sejak 11 pagi, hari ini bagi mencari telefon bimbit milik pensyarah wanita yang mati dijerut Rabu lalu.

Turut dibawa ke lokasi, svspek lelaki berusia 41 tahun bagi membantu siasatan.

Difahamkan ini adalah kali kedua penyelam PDRM dan svspek hadir ke lokasi yang sama bagi mencari bahan bukti.

Sebelum ini, svspek dilaporkan berang dengan tindakan isterinya mahu failkan pengesahan crai, bertindak menjerut leher wanita itu menggunakan tudung hingga mati.

Dalam kjadian pada Rabu lalu, svspek meninggalkan m4yat isterinya di dalam kereta mereka berhampiran tasik PKNS Pinggiran Cyberjaya, Dengkil.

Selepas kjadian itu, svspek difahamkan pulang ke rumah mereka di Putra Perdana dan mengajak anak perempuan mereka berusia 14 tahun keluar mencari mngsa menggunakan perkhidmatan e-hailing.

Tempahan perkhidmatan e-hailing yang dibuat svspek terus ke tempat kjadian dikatakan menjadi punca kjadian pembvnuhan pensyarah itu terbongkar.

” Sekiranya svspek ingin mencari si m4ti mestilah di beberapa kawasan, sebaliknya svspek terus menuju ke tempat mngsa dibvnuh.

” Susulan itu polis menahan svspek untuk siasatan lanjut,” kata Wan Kamarul




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments