Baru Jer Lelaki Sebar Video Bercivm Buat Permohohan Maaf, Sekali Ini Respon Padu Penyanyi Nora

.” Assalamualaikum. Saya ingin memohon maaf terutamanya kepada seluruh ahli keluarga Puan N0ra dan juga ahli keluarga saya.”

Ini kenyataan remaja lelaki yang terbabit merakam dan menularkan video bercivm dengan Putri Nor Dahlia yang juga anak penyanyi N0ra Ariffin, hari ini.

Remaja terbabit membuat permohonan maaf menerusi video pendek berdurasi 1 minit 2 saat di Twitter serta mengakui bertanggungjawab atas apa yang berlaku.

” Saya juga bertanggungjawab atas apa yang berlaku kepada anak Puan N0ra iaitu Putri (Putri Nor Dahlia) untuk dijadikan ‘viral’ (tular),” katanya.

Dia juga menyesal dengan tindakannya dan meminta warganet supaya berhenti menularkan video itu.

” Saya juga amat menyesali apa yang saya lakukan terhadapnya. Saya ingin meminta jasa baik warganet untuk hentikan penularan video itu.

” Akhir kata, saya ingin memohon maaf atas penularan video itu,” katanya.

Beberapa hari lalu, tular klip video mirip anak gadis N0ra yang kelihatan bercvmbu dengan seorang remaja lelaki yang tular di media sosial.

Putri menerusi akaun Twitter miliknya menjelaskan situasi sebenar dan mengakui dia dipaksa.

Beberapa jam selepas itu, N0ra memuat naik kenyataan di Instagramnya, mengakui gadis yang bercivm dengan seorang remaja lelaki dalam video yang tular itu memang anak perempuannya.

Mengakui terkilan dengan ins1den yang berlaku, N0ra berkata, dia sudah melakukan apa yang terbaik untuk mendidik puterinya menjadi insan berguna.

Semalam, anak sulung N0ra, Mohd Syakir Iman Johan, mendedahkan pihak keluarga bersedia untuk membawa individu yang menyebarkan video adiknya bercvmbu dengan remaja lelaki itu, ke muka pengadilan.

Respon N0ra

Sementara itu penyanyi, N0ra Ariffin, 47, sudah memaafkan semua pihak yang terbabit dalam isu video bercvmbu di antara anak perempuannya, Putri Nor Dahlia dengan seorang remaja lelaki.

N0ra berkata, keputusan itu diambilnya selepas mendengar pengakuan semua pihak dan berharap insiden terbabit menjadi iktibar buat semua orang.

” Saya juga sudah menghukvm anak saya mengikut hukvm agama. Biarlah dia bertaubat dan meminta ampun pada Allah SWT.

” Buat masa ini, saya hanya berserah pada Allah. Semoga menjadi pengajaran dan iktibar buat semua. Insya Allah,” katanya.

Terdahulu, remaja lelaki yang terbabit merakam dan menularkan video bercivm dengan anak penyanyi lagu Dendam Dalam Diam itu membuat permohonan maaf menerusi video pendek berdurasi satu minit dua saat di Twitter, hari ini.

Semalam, anak sulung N0ra, Mohd Syakir Iman Johan pula mendedahkan pihak keluarga bersedia membawa individu yang menyebarkan video adiknya bercvmbu dengan remaja lelaki itu ke muka pengadilan.




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments