Dapat Menantu Bintang Paling Popular, Ini Kata-Kata Datin Mastura Selepas Mira Filzah Sah Jadi Isteri Emir

” Emir…cintai, lindungi dan hargai Mira sehingga ke Jannah. Semoga Emir dan Amirah dikurniakan kebahagiaan dan keberkatan oleh Allah SWT sepanjang menempuhi perjalanan hidup baru ini.

” Sayang kamu berdua dan sentiasa dalam doa ibu. Impian arwh papa untuk kamu akhirnya tertunai hari ini”

Demikian hantaran penuh emosi ditulis oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid di Instagram beliau.

‘Pesanan’ Mastura kepada Wan Emir Astar Wan Mohamad Khair-il Anuar atau Emir, 30, sebaik anak keduanya itu selamat berkahwin dengan pelakon Mira Filzah, 27 semalam.

Mastura menitipkan kepada Emir supaya sentiasa ingat pesan Allahyarham bapanya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Wan Ahmad.

Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu juga berkata kata-kata arwh suaminya itu masih jelas di fikiran dan mendoakan Emir mengecap kebahagiaan dalam berumah tangga, termasuk perkahwinannya dipermudahkan.

” Emir, ingatlah pesanan arwh papa. Selama hampir sebulan sebelum arwh papa pulang ke rahmatullah, arwh sering mengingatkan ibu betapa papa ingin Emir mendirikan rumah tangga secepat mungkin kerana katanya, kebahagiaan yang sebenar hanya akan tercapai selepas berkahwin.

” Arwh papa kata Emir tak boleh ‘single’ lama-lama, dan arwh nak buat pelamin Emir dengan reka bentuknya sendiri.

” Seperti juga yang aarwh wah papa lukiskan pelamin untuk perkahwinan Imar.

” Ibu ingat segala bait-bait perbualan arwh papa dan ibu itu. Dan memori itu masih jelas di fikiran ibu.

” Kini, saat itu dah sampai. Ibu akan melaksanakan segala permintaan arwh papa untuk Emir. Moga diizin dan di permudahkan Allah SWT,” katanya.

Mastura juga mengingatkan Emir supaya melaksanakan kewajipannya sebagai suami yang baik serta menjaga Mira dengan penuh tanggungjawab selain mendoakan kebahagiaan pasangan itu sehingga ke jannah.

” Antara pesanan arwh papa untuk Emir, jadilah seorang suami yang baik dan bertanggungjawab.

” Isteri adalah amanah Allah SWT ke atas diri Emir. Perlu disayangi dan dilindungi dengan jiwa dan raga.

” Keluarga keutamaan setiap suami. Berbahagialah dan berbahagialah hingga ke jannah.

” Ibu adalah antara wanita yang paling bertuah kerana mempunyai suami yang baik. Saya memiliki perkahwinan yang sangat bahagia dan sangat mencintai arwh papa.

” Alangkah baiknya jika dia (arwh) berada di sini untuk meraikan perkahwinan Emir.

” Percaya kepada ibu, kasih sayang dan semangat arwh papa ada di sini berserta kita. Ia akan berkekalan sampai bila-bila,” katanya.

Semalam, Emir dan Mira sah bergelar suami isteri di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur, jam 8.58 malam. Pasangan itu dinikahkan sendiru oleh bapa Mira, Badioezaman Ab Khalik.

Wan Mohammad Khair-il meninggI dnia pada 5 Mei 2016 selepas terbabit dalam trag3di nah4s helikopter di Sebuyau, Sarawak bersama enam mngsa lain.




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments