Dapat Rezeki Hantar Jnzah Arwh, Noorkhiriah Cerita Kaitan Dia Dgn Allahyrham Kumin Yg Ramai Tak Tahu

” Selamat jalan abang Kumin. Buat kali terakhir van jnzah Nor dapat rezeki hantar abang.”

Itu hantaran dikongsikan oleh pelakon pelakon Noorkhiriah yang terharu dapat memberi bantuan terakhir kepada Allahyrham pelawak Kumin (KU2).

Menurut Noorkhiriah, itu bakti terakhir beliau dengan menghantar jnzah pulang ke kampung halaman untuk dikebumikan di Seri Menanti, Negeri Sembilan.

Noorkhiriah, 43, yang menawarkan khidmat van jnzah percuma itu berkata, ia adalah kenangan terakhir sepanjang perkenalannya dengan arwh.

Rupanya arwh pengurus produksi drama lakonan Noorkhiriah

Allahyrham pernah bertindak sebagai pengurus produksi untuk drama Kolej Sri Cendana lakonan aktres itu yang disiarkan pada tahun 2001.

” Siapa ingat cerita Kolej Sri Cendana? Allahyrham abang Kumin la pengurus produksi untuk cerita tu… menjaga akak bagaikan adiknya sendiri.

” Terima kasih Tuan Zulhairi Zainol dan Amal Valley Organisation atas bantuan dan kak Su,” tulisnya.

Pelakon drama Nur ini meminta orang ramai menitipkan doa buat Allahyrham dan mengingatkan setiap manusia yang hidup pasti akan berhadapan dengan kem4tian.

” Saya sebak kak, masa hidup tak sempat jumpa. Terima kasih kakak beritahu saya ya… sudi menggunakan van jnzah saya.

” Kita bakal menyusul, kak. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah, semoga arwh ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman, Aamin,” ujarnya.

Kenderaan milik Noorkhiriah yang dijadikan sebagai van jnzah.

Pada Mei lalu, Noorkhiriah mewakafkan kenderaan pelbagai guna (MPV), jenama Hyundai miliknya sebagai van jnzah dengan harapan sumbangan kecilnya itu dapat dijadikan sebagai bekalan akhirat.

Kumin menghembvskan nfas ter4khir di kediamannya di Pandan Indah, Selangor pada Khamis akibat jatuh dari katil kira-kira pukul 12.31 tengah hari.

Jnzah dikebvmikan di Tanah Perkvburan Islam Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Allahyrham pernah mengecap populariti sebagai penyanyi duo KU2 sebelum fokus kepada kerja-kerja belakang tabir sebagai pengurus produksi.

KU2 turut dianggotai Allahyrham pelawak Bob Kuman atau Husni Mohd Rawi.

Duo ini pernah menghasilkan empat album iaitu Motivasi (1994), Evolusi (1997), Album Baru Aku! (1999) dan The Best of KU2 (2001).

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata memberikan penghargaan kepada Noorkhiriah kerana usahanya mendermakan van jnzah tersebut.

Malah siapa jangka van itu akhirnya dapat berbakti kepada rakan baik pelakon itu sendiri.

” Alhamdulillah, berjasa sungguh van jenazah kak Nor. Dapat juga membantu rakan artis akak. Semoga usaha murni mendapat ganjaran pahala berpanjangan disisi Allah” tulis Ainul




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments