
KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mengukuhkan kedudukan di persada Liga Super selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 1-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, di sini, malam tadi.
Kemenangan itu sekali gus meletakkan kedudukan penyandang juara itu semakin selesa selaku pendahulu apabila kini berkelebihan lapan mata berbanding pesaing terdekatnya, Perak.
Tiga mata berharga skuad Harimau Selatan itu adalah hasil kesilapan pertahanan TFC, Argzim Redzovic menolak bola ke belakang yang gagal dibaca penjaga gol, Shamirza Yusoff sebelum dihukum Safawi Rasid pada minit kelima.
Di Ipoh, Perak bangkit dari dua kekalahan berturut-turut apabila mencatat kemenangan 1-0 menewaskan UiTM FC di Stadium Perak menerusi jaringan Shahrel Fikri minit ke-4.
Kejayaan itu sekali gus meletakkan skuad Mehmed Durakovic di tangga kedua liga selepas tujuh perlawanan dengan 11 mata, mengenepikan TFC di tangga ketiga.
Sumber : JDT baham TFC, Perak atasi UiTM FC
0 Comments