Leicester mudah benam West Brom

WEST BROMWICH: Timothy Castagne meledak gol pada penampilan pertamanya untuk membantu Leicester meraih kemenangan selesa 3-0 ke atas pendatang baharu Liga Perdana Inggeris (EPL), West Brom pada aksi pembukaan mereka, sebentar tadi.

Anak buah Brendan Rodgers itu berdepan kekecewaan musim lalu yang menyaksikan mereka terlepas slot ke Liga Juara-Juara dan hanya membawa seorang pemain baharu setakat ini.

Pemain pertahanan Leicester City dari Belgium, Timothy Castagne. - Foto AFP
Pemain pertahanan Leicester City dari Belgium, Timothy Castagne. - Foto AFP

Castagne yang juga pemain pertahanan dibawa masuk dari Atlanta dan pemain Belgium itu melonjak tinggi untuk menyambut hantaran lintang Dennis Praet sekali gus menjadi gol pembukaan The Foxes pada babak kedua.

Selepas itu, mereka terus garang apabila menambah dua lagi gol menerusi dua sepakan penalti yang disudahkan Jamie Vardy selepas penyerang itu dan James Justin dijatuhkan di dalam kotak penalti.

Skuad bimbingan Slaven Bilic itu gagal mencipta sebarang peluang dengan satu-satunya peluang tepat mereka hadir menerusi percubaan Matheus Pereira yang diselamatkan penjaga gol Leicester, Kasper Schmeichel. - Agensi



Sumber : Leicester mudah benam West Brom

Post a Comment

0 Comments