Lelaki maut, enam cedera kereta masuk parit

BATU PAHAT: Seorang lelaki maut, manakala enam parah selepas kereta Perodua Viva dinaiki mereka terbabas ke dalam parit di Kampung Sengkuang, Sri Gading, di sini, petang tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, dalam satu kenyataan, Mohd Aisamuddin Kasmuni, 32, tersepit di bahagian pemandu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa lain dikenali sebagai Nurul Uyun Mad Sharif, 20, yang berada di tempat duduk hadapan; Nor Aina Abu Bakar, 19, Mohd Aiman Ashraf Abu Bakar, 17, Nor Natrah Nor Rahim, 16.

Dua lagi mangsa cedera dalam kemalangan jam 2.30 petang itu adalah kanak-kanak lelaki dan perempuan masing-masing berusia tiga dan satu tahun yang sehingga kini belum diketahui identiti mereka.

Mohd Aisamuddin disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan semua mangsa yang cedera di bawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat untuk rawatan.

Seramai 18 anggota dan satu jentera FRT, satu jentera LFRT, dua jentera EMRS dan dua unit RIM dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram dan Yong Peng dikejarkan ke tempat kejadian.



Sumber : Lelaki maut, enam cedera kereta masuk parit

Post a Comment

0 Comments