Malaysia tidak tunduk pihak pertikai kedaulatan negara

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Malaysia tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak yang cuba mempertikaikan kedaulatan negara.

Perdana Menteri berkata, Sabah dan Sarawak akan terus kekal berada dalam Malaysia kerana soal kedaulatan wilayah, terus dipertahankan tanpa sebarang kompromi.

"Kerajaan Persekutuan tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak yang cuba mempertikaikan kedaulatan negara kita.

"Saya ingin menegaskan bahawa Sabah dan Sarawak akan terus kekal berada dalam Malaysia," katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Malaysia di Sibu, Sarawak malam ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud. Yang turut hadir, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg serta menteri Kabinet.



Sumber : Malaysia tidak tunduk pihak pertikai kedaulatan negara

Post a Comment

0 Comments