Kerajaan pelihara hak Sabah, Sarawak

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) komited memastikan hak Sabah dan Sarawak seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan dipelihara.

Perdana Menteri berkata, mesyuarat Jemaah Menteri pada 9 September lalu bersetuju menubuhkan Majlis Khas MA63 bagi membincangkan isu berkaitan hak Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam MA63.

"Mesyuarat Jemaah Menteri pada 9 September lalu bersetuju untuk menubuhkan Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963 yang akan dipengerusikan oleh saya sendiri sebagai Perdana Menteri.

"Majlis Khas ini akan dianggotai oleh Ketua Menteri Sarawak, Ketua Menteri Sabah, Menteri-Menteri Persekutuan dan ahli-ahli lain yang akan dilantik mengikut kesesuaian, kelayakan dan bidang kepakaran masing-masing," katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Malaysia di Sibu, yang disiarkan secara langsung di televisyen malam ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.

Yang turut hadir, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg.



Sumber : Kerajaan pelihara hak Sabah, Sarawak

Post a Comment

0 Comments