Liga Perdana tolak pembelian Newcastle

LONDON: Newcastle United berkata hari ini bahawa cadangan pengambilalihan kelab itu yang disokong Arab Saudi kini ditolak Liga Perdana.

Kumpulan pelaburan itu termasuk Tabung Pelaburan Awam Arab Saudi (PIF), PCP Capital Partners dan adik beradik jutawan David dan Simon Reuben, berkata mereka menarik diri daripada bidaan untuk kelab berkenaan pada Julai selepas berbulan menantikan kelulusan liga utama England itu.

Perjanjian bernilai £300 juta (1.628 bilion) untuk membeli kelab itu daripada pemilik Mike Ashley dipersetujui pada April.

Bagaimanapun usaha berkenaan mendapat perhatian dalam aspek hak penyiaran termasuk perlawanan Liga Perdana di Saudi dan rekod kemanusiaan negara berkenaan.

Amanda Staveley dari PCP Capital Partners berkata apabila bidaan itu ditarik balik, Liga Perdana mahukan pihak Arab Saudi menjadi pengarah kelab ketika PIF tidak sepatutnya menjadi sebahagian daripada kerajaan.

"Newcastle United boleh mengesahkan bahawa Liga Perdana sudah menolak pengambilalihan dibuat PCP Capital Partners, Reuben Brothers dan Tabung Pelaburan Awam Arab Saudi (PIF) berdasarkan kepentingan Pemilik dan Pengarah," kata Newcastle dalam satu kenyataan. - AFP



Sumber : Liga Perdana tolak pembelian Newcastle

Post a Comment

0 Comments