PoIis Siasat Vdeo Remaja Perempuan Pandu Bawah Umur Pada 2018. Rupanya Mak Dia Bukan Calang2

Dua tiga hari ini nampaknya kerja pihak poIis bertambah apabila mencari individu memandu bawah umur pula.

Selepas seorang kanak-kanak berusia 8 tahun selamba memandu kereta ayah dia, muncul pula seorang lagi memandu lori

Terbaru, poIis sedang mengenal pasti identiti seorang remaja perempuan bawah umur memandu sebuah kereta di kawasan perumahan.

Bagaimanapun apa yang mencuri tumpuan adalah apabila vdeo tersebut tular di laman sosial Facebook ‘Sayang-sayang DSV’.

Vdeo berdurasi 33 saat itu dipercayai dirakam pada 2018 lalu di kawasan berhampiran Meru Hills di sini.

Ketua PoIis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, vdeo berkenaan memaparkan seorang remaja perempuan sedang memandu sebuah kereta, namun model dan nombor pendaftaran tidak dapat dikenal pasti.

” Satu laporan poIis dibuat Pegawai Trafik Daerah Ipoh berkenaan vdeo tular tersebut dan siasatan lanjut diteruskan untuk mengenal pasti identiti pelaku dan butiran kenderaan di dalam vdeo berkenaan.

” Dalam vdeo sama juga, terdapat suara seorang wanita sedang berbual dengan remaja tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan akan dijalankan mengikut Sksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membenarkan individu di bawah umur memandu kenderaan motor.

” Siasatan juga dijalankan di bawah Seksyen 26(1) akta sama kerana memandu kenderaan motor tanpa lesen.

” Pihak poIis sangat menitikberatkan keselamatan pengguna jalan raya dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pesalah lalu lintas di daerah ini yang melanggar peraturan dan undang-undang lalu lintas.

Katanya, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa patuh kepada undang-undang dan peraturan lalu lintas,” katanya.

Menerusi carian di Facebook, akaun ‘Sayang-Sayang DSV’ adalah kendalian jutawan kosmetik yang juga Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida.

Reaksi warganet dah kenal siapa individu terbabit

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata warganet sudah boleh mengagak siapa individu dalam vdeo yang dimaksukkan.

Ia susulan dalam vdeo itu jelas kelihatan muka remaja tersebut yang sedang memandu sambil dirakam ibunya.

” Bawak mama bersiar-siar Cik B..Cik B fokus (memandu), say something Cik B..Cik B nak tolong mama apa (lepas ni)?” tanya ibu remaja terbabit.

Kemudian dibalas oleh remaja terbabit, ” Tolong mama berniaga, jadi bodyguard mama”, yang kemudian disambut gelak ketawa ibunya.

Dalam pada itu warganet memberi reaksi dengan bertanya apa yang susah sangat nak sebut nama individu terbabit.

” Menerusi penelitian, vdeo remaja itu dirakam wanita dipercayai ibunya yang juga seorang jutawan kosmetik terkenal. Apa susah sangat nama sebut nama orangnya Cik B n Dato vida kan?” tulis Anep

” Tak payah nak blur2 gambar lah kami dah kenal, Cik B kan?” tulis Sam

 




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments