
LONDON: Seorang pengawal peribadi kepada Setiausaha Luar Negara Britain, Dominic Raab 'dilucutkan dari tugas' selepas beliau dikesan meninggalkan senjata api di sebuah pesawat dari Amerika Syarikat (AS).
Akhbar The Sun berkata, pistol semi-automatik itu ditemukan masih bersarung di sebuah tempat duduk oleh seorang tukang cuci selepas pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Heathrow, awal pagi semalam.
Raab berada di Washington minggu ini untuk berbincang dengan Setiausaha AS, Mike Pompeo dan Wakil Speaker dari Parti Demokratik, Nancy Pelosi.
"Kami mengambil maklum terhadap insiden yang berlaku dalam satu pesawat yang masuk ke United Kingdom (UK) pada 18 September, hari Jumaat dan kami akan mengambil tindakan ini dengan serius.
"Pegawai itu sudah dilepaskan dari tugas operasi dan siasatan dalaman untuk menentukan tindakan selajutnya sedang diambil," kata jurucakap Polis Metropolitan London.
Ketika ini masih belum ada maklum balas daripada kementerian luar. - AFP
Sumber : Pengawal peribadi dipecat kerana tertinggal pistol dalam pesawat
0 Comments