Takraw mungkin kembali disenaraikan ke Program Sukan Teras

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memberi jaminan akan memberi pertimbangan secara serius untuk sepak takraw kembali disenaraikan dalam Program Sukan Teras.

Bagaimanapun, katanya, beliau perlu terlebih dahulu mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai punca sepak takraw digugurkan daripada Program Sukan Teras pada Disember 2017.

"Saya tidak tahu kenapa sepak takraw digugurkan tetapi saya dimaklumkan bukan sahaja sepak takraw tetapi ada dua lagi sukan turut digugurkan iaitu angkat berat dan taekwando.

"Saya akan bawa dalam perbincangan bersama KBS (Kementerian Belia dan Sukan), MSN (Majlis Sukan Negara) dan PSM (Persatuan Sepak Takraw Malaysia) untuk kita lihat semula.

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Marican Naina Marican bergambar dengan tetamu kenamaan, penaja dan ketua pasukan ketika merasmikan Liga Sepak Takraw di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. NSTP/Amirudin Sahib.
MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Marican Naina Marican bergambar dengan tetamu kenamaan, penaja dan ketua pasukan ketika merasmikan Liga Sepak Takraw di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. NSTP/Amirudin Sahib.

"Mungkin kita akan lihat kejayaan-kejayaan yang dikecapi untuk diberi pertimbangan semula. Pada waktu ini saya ingin maklumkan saya akan beri pertimbangan serius berhubung permohonan PSM," kata Reezal ketika ditemui selepas merasmikan saingan Liga Sepak Takraw (STL) di Stadium Titiwangsa, hari ini.

Reezal, berkata kewajaran untuk kembali menyenaraikan sepak takraw dalam Program Sukan Teras memang ada yang mana ia adalah sukan tradisi negara.

"Ia adalah satu sukan tradisi. Sepak takraw dimainkan semua genap lapisan masyarakat sehingga Sabah dan Sarawak. Jadi, kewajaran untuk buat penilaian semula itu ada.

"Itu antara pertimbangan yang boleh dijadikan asas sebelum dibuat penilaian secara menyeluruh," katanya.



Sumber : Takraw mungkin kembali disenaraikan ke Program Sukan Teras

Post a Comment

0 Comments