Ayah Kerja Jaga, Mak Pula Kerja Kilang. Rumah Kami Rosak Tak Dapat Diganti Kerana Tiada Duit – Mila Jirin

” Tertunai impian nak bawa mak ayah mai rasmi rumah baru di JB… Alhamdulillah senyuman bahagia mak ayah, membuatkan kita rasa lebih bahagia..”

Demikian perkongsian penyanyi dan usahawan, Mila Jirin, 32, yang baru saja membeli rumah baru di Johor Bahru.

Apa yang lebih membangggakan ibu dan ayahnya berkesampatan datang dari Kuala Lumpur untuk melihat rumah barunya itu.

” Tadi waktu mak ayah nak balik KL…sempat cakap lagi “terima kasih sebab selalu doakan kejayaan saya…doakan kami..

” Terima Kasih mak ayah atas doa yang tak pernah putus buat anak mu ini.. Bahagia kan mak ayah dan keluarga ..insya Allah, Allah beri nikmat kebahagian yang tak terhingga..” tulis Mila.

Sementara itu Mila turut mendedahkan kehidupan lalu yang serba kekurangan membuatkan dia nekad berusaha mahu mengubah nasib keluarganya.

Mengimbau kenangan lalu, Mila berkata kehidupan keluarganya yang pernah hidup susah menyebabkan dia terus melupakan hasrat untuk menyambung pengajian di menara gading.

Pernah pungut tin tepi jalan

” Saya anak sulung dalam keluarga dan ibu bapa pula bekerja biasa dengan pendapatan kecil.

” Bapa saya bekerja sebagai pengawal keselamatan dan aktiviti lainnya, turut memungut tin di tepi jalan.

” Saya sendiri ada pengalaman ikut bapa pungut tin, memang kasihan. Ibu pula bekerja di kilang untuk bantu pendapatan bapa bagi menyara kami sekeluarga.

” Malah, pernah satu ketika atap rumah kami berlubang, bocor dan rosak akibat tak dapat diganti kerana tiada duit.

” Bila hujan, basah satu rumah dan itu sangat menyedihkan saya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Mila, kehidupan yang susah itu banyak mengajarnya untuk bangkit dan berusaha memajukan diri.

Pernah kerja kilang

Katanya, dia juga pernah bekerja di kilang sebelum menyertai Akademi Fantasia musim kelima (AF5) pada 2007.

” Namun, kejayaan menjulang trofi juara AF5 sangat membantu saya untuk mengubah nasib keluarga. Dengan populariti diraih ketika itu, saya dapat memberi keselesaan pada ibu bapa dan adik-beradik.

” Apapun, saya terfikir juga sampai bila akan jadi penyanyi dan terus popular. Justeru, sedikit demi sedikit melalui simpanan dibuat, saya mula berniaga.

” Alhamdulillah, mujur bertemu suami saya, Isz Mustapha, ketika itu yang bertindak sebagai pengurus dan dia banyak membantu dengan mengajar saya selok-belok berniaga,” katanya.

Ujar Mila, dia mula berniaga secara kecil-kecilan selepas menyertai AF5 dan empayar perniagaannya dalam industri perkahwinan pula mula dibina sekitar 2013 lalu.

Jelasnya, kini dia bersyukur selepas tujuh tahun perniagaan Bizmilla dibina, ia sudah dikembangkan dengan tiga cawangan di Selangor, Kuala Lumpur dan Johor Bharu.

Menurut Mila lagi, Bizmilla juga sekarang mempunyai 18 dewan yang boleh digunakan untuk majlis perkahwinan dengan menyediakan beberapa pakej menarik untuk pelanggan.

” Apapun, kejayaan dimiliki saya kini adalah atas doa ibu bapa dan usaha. Namun, saya juga berterima kasih kepada semua pekerja yang banyak membantu dan hingga kini masih setia bersama,” katanya.




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments