Elizad Kau Buat Perangai, Dah Semua Orang Telefon Tanya Aku Ni – Hefny Sahad

” Tahniah Hefny Sahad moga kekal hingga ke jannah!”

Demikian komen pelakon Siti Elizad yang mencetus reaksi terkejut di kalangan peminat kepada pengacara dan pelakon Hefny Sahad.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Sinar_my telah berkongsi gambar bakal pengantin yang menyerbu pejabat agama di Klang untuk mendirikan masjid.

Siti Elizad yang juga penyampai radio SinarFm secara berseloroh ‘memetik’ nama Hefny pada ruangan komen sambil mengucapkan tahniah.

Susulan komen itu beberapa peminat memberi respon bertanyakan semula betul ke Hefny dah kahwin.

Hefny dilihat turut membalas komen Elizad tersebut.

” Elizad kau buat perangai eh, dah semua orang ‘call’ tanya aku ni.”

Itu kata penyampai radio Sinar, Hefny Sahad di akaun Instagram Sinar_my bagi membalas komen yang dimuat naik rakan penyampainya pelakon, Siti Elizad.

Menerusi gambar yang dimuat naik, Elizad menulis komen yang mendoakan semoga perkahwinan dibina Hefny berkekalan hingga ke jannah.

Hefny ketika dihubungi mengakui terkejut apabila mendapat ucapan tahniah daripada peminat dan rakan terdekat selain menganggap itu adalah ‘prank’ dibuat Elizad.

” Saya pun terkejut apabila dapat ucapan tahniah. Tertanya-tanya juga tahniah apa. Rupa-rupanya, ia angkara Elizad.

” Disebabkan komen itu, semua ingat saya sudah berkahwin. Kiranya, ‘prank’ yang dibuat itu berjaya. Tergelak besar saya dibuatnya.

” Saya tak ambil hati pun, sebab kami memang suka bergurau. Apa yang pasti, saya memang belum berkahwin,” katanya.

Terdahulu, akaun Instagram Sinar_my memuat naik gambar majlis pernikahan yang berlangsung di Pejabat Agama Klang.

Kenyataan gambar itu menyebut terdapat berpuluh pasangan bernikah ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di mukim Klang bermula hari ini sehingga 23 Oktober ini.

Salah satu komen ditulis Elizad yang meninggalkan pertanyaan dalam kalangan peminat dan rakan terdekat.

118 pasangan ‘ser4ng’ pejabat agama

Sementara itu sejak malam tadi, tular posting dimuat naik seorang jurugambar, Sheikh Ameer Haziq, 24, dari Klang yang berkongsi pengalaman melihat suasana di pejabat agama itu seperti majlis graduasi universiti.

Menurutnya, ketika dia tiba di pejabat itu pada 6 petang, bakal pengantin dilihat beratur panjang sehingga ke perkarangan pejabat agama itu.

” Lebih 40 pasangan ada ketika itu, saya difahamkan setiap pengantin diberikan waktu untuk akad nikah, contohnya pelanggan saya dinikahkan pada 9.30 malam.

” Sepanjang enam tahun jadi jurugambar, ini kali pertama saya lihat suasana ini, saya tidak menyangka begitu ramai pasangan (hadir ke pejabat agama) seperti malam tadi.

” Saya juga difahamkan, ada pasangan sepatutnya bakal nikah minggu hadapan tetapi dipercepatkan kepada semalam,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan Ahmad berkata, pihaknya sudah bersedia lebih awal kerana sudah menjangkakan keadaan itu akan berlaku.

” Alhamdulillah, 118 pasangan pengantin selamat mendirikan ‘masjid’. Mereka dinikahkan secara berperingkat oleh lima Pendaftar Perkahwinan Nikah Cerai dan Rujuk Orang Islam Negeri Selangor.

” Sejak awal lagi saya sudah menjangka ia berlaku dan meminta semua pegawai di Klang bersedia. saya turut menetapkan majlis akad nikah perlu diselesaikan sebelum 12 tengah malam.

” Kalau ada keperluan selepas ini, JAIS akan melaksanakannya, bagaimanapun kami jangka ia tidak akan berlaku seperti malam tadi,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, biasanya pasangan akan dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Kariah, namun dalam keadaan sekarang JAIS membantu dengan membuka pejabat pada Sabtu dan Ahad serta hari bekerja.




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments