Terkini, kemelut rumah tangga pelakon Ammar Alfian dan Nelissa Nezam berakhir apabila Mhkamah Rendah Syariah, Wilayah Persekutuan pada Rabu membenarkan pasangan itu bercrai secara tebus taIak.
Ammar atau nama sebenarnya Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri, 33, menerusi Instagram miliknya berkata, bekas isterinya diperintahkan oleh mhkamah untuk membayar iwad sebanyak RM7,000 kepadanya.
Tidak akan maafkan perbuatan Nelissa
Malah pelakon filem Paskal ini juga memberitahu dia tidak akan memaafkan segala perbuatan Nelissa terhadap ibu dan bapanya.
” Alhamdulillah. Hari ini mhkamah benarkan saya dan bekas isteri bercrai secara tebus taIak dengan bayaran iwad dibayar oleh bekas isteri kepada saya RM7,000.
” Apa yang dah dia lakukan terhadap ibu dan bapa saya tidak akan saya maafkan. Justice has been served, ” katanya.
Ammar berkongsi perkara itu di Instagram miliknya.
Menerusi laporan mStar pada 10 Ogos lalu, Nelissa meluahkan rasa kesal apabila Ammar menolak permohonan crai yang difailkannya di Mhkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada Januari lalu.
Menurut Nelissa, dia tidak mengetahui niat sebenar Ammar dan menyifatkan tindakan aktor itu hanya akan merumitkan keadaan.
” Saya kecewa kenapa Ammar seperti hendak menjadikan kes ini semakin rumit apabila menolak permohonan crai itu.
” Tak tahu apa niat sebenar dia, bagi saya kami sudah tiada apa-apa hubungan… malah tidak bersama sejak setahun yang lalu,” kata Nelissa.
Nelissa memfailkan percraian dengan Ammar pada Januari lalu.
Menerusi laporan mStar pada 26 Julai tahun lalu, Nelissa memberitahu dia dan Ammar sudah tidak tinggal sebumbung, namun masih mempunyai ikatan sebagai suami isteri.
Isu rumah tangga mereka menjadi perbualan hangat netizen apabila Nelissa membongkarkan dkwaan perlakuan cvrang suaminya secara terbuka di Instagram.
Menurut Nelissa, pelakon filem Paskal itu bukan sahaja berlaku cvrang, malah mendkwa telah mengabaikan tanggungjawab sebagai suami apabila memilih untuk bercuti ketika dia sedang dirawat di hospital.
Ammar berbalas mesej dengan wanita lain?
Malah Nelissa juga mendakwa Ammar sekali lagi kantoi berbalas mesej dengan wanita lain ketika dia menganjurkan majlis ‘baby shower’ pada 20 Julai lalu.
” Ini adalah sebab kenapa saya tidak akan kembali bersama dengan dia. Dia tidak menghormati saya dan bayi.
” Berlaku cvrang dan abaikan saya untuk pergi bercuti sedangkan ketika itu saya dimasukkan ke hspital.” katanya
Ammar dan Nelissa mendirikan rumah tangga pada Mac 2016 secara sembunyi tanpa sebarang publisiti dan pengetahuan pihak media.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Kyro Shakur yang kini berusia setahun.
via 1 MIN READ
0 Comments