Bekas Mak Awek Pernah Tanya, Kau Mampu Ke Sara Anak Makcik Dgn Jual Air Je? Kini Terdiam Terus

” Awak mampu ke sara anak makcik ni dengan “jual air je”?

” Pada ketika tu tak ada siapa tahu perasaan bila orang cakap macam tu. But Alhamdulillah makcik, sekarang sale saya sebulan RM200,000. Dengan “jual air je makcik”.

” Jangan sesekali cabar kemampuan seorang lelaki”

Itu kata-kata seorang usahawan muda, Zikhri Taufik, 22, yang kini mampu tersenyum lebar meraih pulangan lumayan dengan mengusahakan perniagaan minuman popular dari Thailand.

Mengakui bukan mudah untuk berada pada tahap sekarang, Zikhri berkata jatuh bangun itu dianggap sebagai lumrah dalam bidang perniagaan.

Menurut Zikhri lagi, dia sebelum ini pernah mengusahakan perniagaan berasaskan pakaian selepas tamat pengajian Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), namun ia mampu bertahan seketika sahaja.

” Pernah rasa duit banyak masa tu sehingga ada RM20 je dalam bank. Perniagaan bertahan enam bulan. Tapi saya tak mahu putus asa.

” Saya ulang alik dari Gombak ke Genting Highland (Pahang) untuk bekerja sebagai pembantu kedai. Dari situ saya kumpul modal semula.

” Pada masa itu, saya ada perancangan nak jual air. Tapi mak kepada bekas teman wanita saya ragu-ragu dengan idea itu.

Zikhri akui rezekinya melimpah ruah apabila rajin berbakti kepada keluarga.

” Awak mampu ke sara anak makcik ni dengan “jual air je? Dia kata macam tu.

” Selepas diperkecilkan, saya perlahan-lahan menjauh dan kini kami sudah tiada apa-apa,” ujarnya.

Menurut Zikhri, dia yang menjadi master stokis untuk minuman berkenaan mula bangkit perlahan-lahan dan mula menemui rentak dalam tempoh tujuh ke lapan bulan kemudian.

Dedahnya, dia terharu apabila usaha keras membuahkan hasil apabila pernah mencapai keuntungan RM25,000 sebulan.

Malah, dia juga berjaya membeli kereta idaman, BMW X30 sekitar dua bulan lepas menggunakan wang keuntungan perniagaannya.

” Dengan duit yang ada, saya tambah ilmu. Pergi kelas pemasaran. Saya nak buktikan pada orang, jual air pun boleh duit.

” Dengan sistem dan teknik yang betul, InsyaAllah akan menjadi. Alhamdulillah, saya dapat beli kereta idaman.

” Saya juga banyak lebihkan famili. Baiki rumah, baiki pagar dan sebagainya.

” InsyaAllah selepas tamat Covid-19, saya nak bawa keluarga mengelilingi Eropah,” ujarnya lagi.

Menurut anak kedua daripada tiga beradik itu, dia juga berharap anak muda di luar sana yang mahu memulakan perniagaan agar cekal dan tidak mudah berputus asa.

Malah katanya, dia yakin rezeki semakin mencurah-curah seandainya kita banyak berbakti kepada keluarga.

” Sebenarnya saya perasan, kenapa saya boleh naik ke tahap ini? Sebab saya lebihkan keluarga. Saya utamakan mereka.

” Untuk usahawan muda, tindakan pertama ialah kita kena bermula. Bila dah mula, kita kena cari ilmu untuk kembangkan perniagaan.

” Jangan takut, malu dan abaikan mulut orang,” ujarnya mengkakhiri bicara.

Dalam pada itu, Zikhri turut berkongsi mengenai kisah kejayaannya sehingga ia meraih perhatian ramai di Twitter.

Sumber:Twitter Zikhri Taufik




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments