Berat Turun Mendadak, Setiap Malam Selama 40 Hari Mama Tidur Bertemankan Air Mata – Ibu Sandra

Pemergian insan tersayang dalam keluarga amat memeriitkan. Hanya mereka yang mengalaminya sahaja tahu bagaimana peritnya rasa itu.

Kadangkala apabila perasaan terlalu rindu dengan insan yang telah pergi, ramai yang mengatakan pernah didatangi arwh di dalam mimpi.

Jika dianugerahkan mimpi bertemu mereka, itulah salah satu nikmat sebenarnya.

Sementara itu,kerinduan Nur Syakinah Abdullah yang juga ibu penyanyi Allahyarham Sandra Dianne terubat apabila arwh anaknya itu muncul dalam mimpi selepas 44 hari pemergiannya.

Menerusi perkongsian di akaun Facebook baru-baru ini, Nur Syakinah mengucap rasa penuh syukur kerana mempertemukannya dengan Sandra dalam mimpi.

” Tepat 44 hari, akhirnya kakak datang juga dalam mimpi mama.

” Terima kasih nak, mama takkan lupa ciuman yang mama berikan pada kakak dan pelukan tangan kakak memeluk erat badan mama.

” Ia seperti tanda daripada kamu yang memberitahu kamu baik-baik, dan sampai masanya mama pandang ke depan dan berhenti meratapi pemergianmu.

” Mama akan terus merindui kamu dan bersemadilah dengan tenang bidadariku. Al Fatihah,” tulisnya.

Pada perkongsian terdahulunya juga di Facebook, Nur Syakinah menulis kerinduan ditanggung membuatkan dia seolah-olah berasakan Sandra ada tawaran menyanyi di tempat yang jauh dan lambat lagi akan balik ke rumah.

” Kadang-kadang mama melihat telefon menunggu WhatsApp kakak masuk.

” Baca semula perbualan kita yang lama, dengar nota suara kakak pada mama, orang takkan mengerti apa perasaan yang mama lalui saat ini.

Berat ibu Sandra turun mendadak..

” Susah untuk mama bangkit semula dari kesedihan ini kakak.

” Berat mama pun semakin hari makin turun daripada 52 kilogram (kg) mendadak turun ke 46kg.

” Setiap malam, selama 40 hari juga mama tidur bertemankan air mata,” tulisnya.

Menurut Nur Syakinah, dia sentiasa dan tidak pernah lupa mendoakan kesejahterahan Sandra termasuk selalu sedekahkan Al Fatihah buat anak kesayangannya itu.

Pada 11 September lalu, Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria meninggI dnia jam 1 pagi di Hospital Putrajaya selepas enam hari bertarung nywa di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat kmIangan.

Penyanyi lagu Hey Kau itu terbabit kmIangan pada 5 September lalu di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran Subang Jaya ketika dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk mengikuti latihan program Big Stage 2020 yang disertainya.

Allahyarham dikebvmikan di Tanah Perkubvran Islam Kampung Kauluan, Sabah.




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments